Wednesday, January 19, 2011

Penah dengar x lagu taylor swift.today was a fairy tail?...it  completely show my emotion today. Start pagi smpai this moment.semuanye seronok n macam2 bende yang aina dapat hari nih..nak tau?
1st my date...
start pukul 10 sampai 11 sumting.tuh pon sebab umi ade.ahahhaa..kantoi..okey..start hari nih lepaking dengan awak..
mule2 kat umah cakap ngan umi.umi nak jumpe kawan jap.
pastuh die cakap kawan mane?cakap ade la umi xkenal.
pastuh die cakap lelaki ke pompuan?pastu aina jawab lelaki.
mule2 die xkasi pastu pas cakap ala umi kawan je pon.
pastu die kate jangan buat hal.aina cakap la..umi ina nih baik la.
Pas pujuk2 die cakap jangan lama.
Mase nak keluar tuh umi follow konon na usha.pastuh xtau na buat cmner sebb awak pon da smpai so wat relax je la..smpai kat awak depan kedai barkery aina cakap la kat awak
my mum tengah intai kitew.
awak na g jumpe die?
Tengok2 my mum da xder..isk2
sambil jalan2 kawasan flet yang xberapa indah nih.pastuh pegi ket belakang blok C n lepak ngan awak kantoi ngan kak nor..patah balik g blok B kantoi ngan resident b2..huwaaaaa
sangat best.yang paling best kantoi ngn my mum depan2.
Memule berselisih ngan my mum.mse tuh die naik moto.aina nak xnak lambai la kat depa macam tengah buat bende clean..no noti2  eark..pastuh awak tegur makcik!
My mum ngan sengajenye ajak... xnak naik dulu ke?huwaaaaaaaaa..T_T
zzzzz..aina tanye pastu umi ancem x bf ina?
dia cakap x..
ancem x?x...
ansem x?x 
ala umi nih cakap Y A ya
 umi-YA ya..yes..ahahahaha.
Pastuh petang abah beli cage rabbit.tau x..warne PURPLE..cun gileh!!!macam nak duduk je dalam tuh.omg omg.cute!!!!
Malam aina g la suraw.pastuh secara sepontan bawak la note bio REPRODUCTION sebb chapter tuh completely xstudi lagi so bawah la lecture note bio.tettt
Pastuh abes maghrib bukak la note bace la.dengan lajunye makcik2 kat surau amek nota tuh bace sekali..ahahaha..bukan nak kutuk tapi sangat teruje die org  ngan chapter tuh..huwaaaaa
MakcikSssss sy xder pengalaman...zzzzzzzzz
=’>

Monday, January 3, 2011

Neutral n happy


Awak!!!miss u sooooo much.tau tak nape?sebab tadi kite mimpi awak lagi..hehe..best taw awak dalam mimpi sy....hehehe

Miss u soo much..tp aina xleh na on9...kang melarat sampai berejam...mengadap blog nih xper...sebb saya kene isi gak...bayangkanlah kalau sy da xder esok ini lah bukti yang menyatakan saya sayang awak sangat2..tau..hehehe

Hari nih g jumpa cikgu rashimi..dia counsellor kmpp...dia da macam abah aina da..aina suka sangat borak cite ngan dia..na borak ngan abah,..perh harapan la..dia tuh suka saving kredit..suke je saving sampaikan aina pon dia jarang call..

Aina pi Tanya cikgu rashimi tadi,,.tanya dia patut tak sy berhenti matrix n ambil form 6 amek art..Sebab aina  rasa sains nih sangat berat tok aina carry la..tp xper..cikgu cakap ade masa lagi..insyaallah boleh catch up..mungkin~ tp dia cakap kalau kamu target na amek counselling kamu kene belajar sains jugak..sebb counselling is a part of science..u need to observe,manipulate,inteprate but not de data..u need to observe human..

Life is not easy aina..believe it..

n hari nih i try to be human y ade feel..n i could be myself,...yeah...im not hypocrite

tragedi cinta isteri

Dalam episod cinta takdir sering menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa dia tidak setia? Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang menerima nasib begini?
Kita merasakan kitalah yang paling malang. Hanya mulut mengaku Allah itu Tuhan tetapi mengapa dengan takdir-Nya kita enggan? Semacam terlupa kata peneguhan di dalam al hadis dan Al Quran bahawa besarnya masalah, beratnya ujian dan hebatnya cabaran… berkadar terus dengan kekuatan iman.

Inilah hakikat yang mesti menjadi pegangan dalam menghadapi tragedi cinta di dalam rumah tangga. Tragedi cinta menjadi ujian iman dan tauhid sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing. Dan untuk isteri yang teruji dengan pasangannya, sematkan di dalam dada… bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk menguji keimanan kita.

Bukankah sudah diungkapkan oleh sejarah, ada isteri yang baik diuji dengan suami yang jahat seperti Siti Asiah isteri kepada Firaun laknatullah. Bujukan Allah cuma satu, bergembiralah dengan pahala di sebalik ujian itu. Tenanglah dengan jani-janji syurga. Ini bukan ‘escapeism’ tetapi itulah iman. Yakinlah, bahawa cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang lebih kecil. Cinta Allah sedang menguji cinta kita kepada isteri atau suami.

Dan jika cinta yang kecil itu rapuh, jangan pula cinta yang lebih besar itu roboh. Percayakan janji-janji Allah di akhirat adalah penawar paling mujarab untuk menghadapi keperitan ujian hidup di dunia. Ketika disiksa menjelang kematiannya, Siti Asiah hanya memohon kepada Allah untuk mendapat rumah di dalam syurga. Jadi usah dikorbankan akhirat kita hanya kerana dipersiakan oleh cinta kita di dunia.

Bagaimana sekiranya, cinta kita sudah dipersiakan? Pasangan kita seolah-olah menjadi ‘orang lain’. Bukan dia yang kita kenal dahulu. Apakah ketika itu kita akan jadi panasaran? Habis segala laci, meja tulis, kereta atau begnya kita selongkar. Telefon bimbitnya, email, facebook dan apa sahaja milik peribadinya kita bongkar. Mencari dan menghidu kalau-kalau terdapat bukti kecurangannya. Siang malam diamuk gelisah. Kita bagaikan dirasuk.

Pada saat genting itu tekanlah butang ‘pause’. Bertanyalah pada diri, apakah kita masih menaruh harapan? Jika jawapannya masih ya, maka nyalakanlah harapan itu – keep hope alife! Berusahalah untuk memperbaiki diri. Dakap cinta Allah erat-erat. Moga perubahan itu membuahkan harapan yang  akan merubah pasangan kita.

Tempuhlah jalan-jalan yang baik dan dibenarkan oleh syariat untuk membetulkan keadaan. Jangan cuba membasuh najis dengan air najis. Maksudnya, jangan gunakan jalan yang salah untuk membetulkan kesalahan pasangan kita. Nanti keadaan akan bertambah buruk. Terimalah takdir itu dahulu. Jangan mungkir. Kita tidak mungkin dapat mengawal arah tiupan angin, tetapi kita masih mampu mengawal kemudi pelayaran.

Setelah berusaha sehabis daya… istirehatkan hati dan minda. Cuba tenangkan perasaan. Dia bukan segala-galanya dalam hidup yang singkat ini. Harapkan yang terbaik tetapi bersedialah menghadapi yang terburuk. Jika terpaksa kehilangan cinta itu bukan bukan bermakna kehilangan segala-galanya.

Buat isteri yang diuji, ambillah masa untuk bersunyi-sunyi dengan Allah. Ketika hati mu telah tenang tuliskanlah surat ini. Surat buat menghadapi tragedi cinta…

Suami ku yang disayangi,
Surat ini ku tulis dengan hati yang terus menerus berdoa agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita mendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus yakin jika kita mencari kebaikan, insya-Allah, Allah akan memberikannya.
Terlebih dahulu ingin aku nyatakan bahawa dalam apa jua pergolakan dan ujian yang telah berlaku sepanjang kita berumah tangga, aku tetap menghormati mu. Walaupun ada masanya sikap dan kata-kataku terlanjur dan terkasar, itu bukanlah kerana aku sudah tidak  menghormatimu apatah lagi membencimu… tetapi semua itu kerana terlalu sayang. Aku tidak mahu kehilangan dirimu sebagai seorang suami seperti mana anak-anak kita juga tidak mahu kehilangan kasih-sayang seorang ayah.
Maafkan aku. Akulah yang lebih banyak bersalah dan tidak bijak menghadapi ujian rumah tangga ini. Sesungguhnya sejak dari dulu hingga sekarang aku menagih pimpinan dan panduanmu. Pimpinlah aku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak kita. Aku tidak mahu berpisah dengan semua kesayangan ku ini. Oleh sebab itu aku merayu agar aku terus disayangi, dilindungi, dipercayai dan dipimpin untuk menjadi wanita yang benar-benar menjadi penyeri hidup seorang suami dan anak-anak.
Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu. Aku sedar apa yang akan ditanyakan Allah di Hari Akhirat kelak kepada seorang suami sebagai pemimpin jauh lebih berat dan sukar dijawab berbanding pertanyaan Allah kepada seorang isteri. Aku tahu tangung jawab mu sangat berat. Jadi aku sentiasa sedia dan setia berada di sisi mu untuk sama-sama mengharungi kepayahan ini.
Marilah sama-sama kita insafi bahawa hakikatnya umur kita kian bertambah, upaya dan tenaga kita semakin kurang, tetapi perjalanan kita masih jauh dan beban kita semakin memberat. Amanah yang ada pun belum selesai kita tunaikan, apatah lagi untuk menambah beban yang baru. Aku bimbang… kita berdua akan kecundang.
Oleh sebab itulah aku sering mengingatkan diriku dan dirimu, marilah kita kembali menilai peranan dan tanggung jawab kita masing-masing. Aku sebagai seorang isteri dan kau sebagai seorang suami… Marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kiita telah melaksanakan amanah yang kita janjikan di hadapan Allah ketika kita mula bernikah dahulu?
Pernikahan disamakan dengan mendirikan masjid. Begitu sucinya ikatan perkahwinan dalam Islam. Ia bukan dibuat hanya kerana untuk melepaskan hawa nafsu semata-mata. Jika itulah sahaja niat kita berkahwin, maka apakah yang membezakan manusia dengan haiwan? Tetapi sebaliknya, Islam meletakkan hubungan sah antara suami dan isteri sebagai suatu yang sangat tinggi dan suci.
Ia bukan sahaja perkongsian fizikal, tetapi perkongsian fikiran, perasaan dan jiwa untuk sama-sama berbakti kepada Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah sebuah masjid… Di dalam masjid orang solat, berzikir, membaca Al Quran, mendengar tazkirah kuliah dan laian-lain ibadah.
Aku rindukan semua itu. Tetapi kerinduan itu tidak akan kesampaian tanpa bimbangan darimu. Aku lemah wahai suami ku. Pimpinlah aku untuk mendapat kasih sayang Allah melalui aliran kasih sayangmu. Engkaulah harapan aku dan anak-anak. Kami hakikatnya telah diserahkan oleh Allah sebagai amanah kepada dirimu untuk disayangi di dunia dan di akhirat. Janganlah disia-siakan amanah ini. Kelak buruk padahnya kepada kami dan kepada mu jua. Relakah engkau melihat kami terkapa-kapa di dunia ini tanpa pimpinan? Dan di akhirat terhumban ke neraka yang penuh seksaan?
Suami ku,
Atas kebimbangan itu kekadang aku jadi cemburu. Bila ku lihat langkah dan sikap mu sedikit terbabas, aku menjadi sangat cemas. Bila ku lihat kau seakan-akan berubah, aku menjadi sangat gelisah. Bukan kerana benci, tetapi kerana sayang. Mengapa tidak? Bukankah di tangan kamu kemudi rumah tangga ini.
Kesilapan dan kesalahan mu sangat buruk akibatnya kepada kita sekeluarga. Jadi, fahamilah hati isteri mu ini wahai suami ku… Curiga ku bukan kerana prasangka. Cemburu ku bukan kerana melulu. Jauh sekali untuk mengawal dan memperbudak-budakan. Tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa kebakaran yang memusnahkan selalunya berpunca hanya daripada percikan api!
Di antara kita adalah Allah. DIAlah zat yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Adil. Manusia tidak akan dapat mengawal dan memantau manusia lain setiap masa dan ketika. Kini aku pasrah kepada Allah. Aku lelah dan kalah untuk meneliti dan memeriksa di seluruh penjuru. Aku tidak dapat mengawal hati mu dan kau juga tidak dapat mengawal hatiku.
Hati kita berdua, Allahlah yang menjadi pemantaunya. Menyedari hakikat ini, aku kini hanya fokus untuk memperbaiki diri. Aku ingin memperbaiki hubunganku dengan Allah dan memperbaiki hubunganku dengan sesama manusia. Aku yakin Allah tidak akan mengecewakanku. Dan aku juga yakin Allah akan terus memberi kebaikan-Nya kepadaku melalui dirimu.
Marilah sama-sama kita perbaiki diri kita atas keyakinan rumah tangga ini perlu terus diselamatkan dan dimeriahkan. Jika benar itu masih menjadi harapan dan keyakinan kita, insya-Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalan-jalan-Nya. Dalam hidup ini kita tidak boleh dapat semua perkara dalam satu masa. Bila kita mendapat sesuatu, pasti pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu yang lain. Jadi marilah sama-sama kita pastikan apa yang kita dapat lebih berharga dan lebih baik berbanding apa yang kita terpaksa lepaskan.
Oleh itu jika kita ingin mendapat rumah tangga yang bahagia, kita terpaksa belajar ‘melepaskan’ perkara-perkara lain. Rumah tangga kita adalah keutamaan. Ia amanah Allah, harapan kita dan anak-anak kita. Sebaliknya, segala kesukaan atau keseronokan kita yang lain mungkin terpaksa kita korbankan demi membina kebahagiaan ini.Inilah pengorbanan.
Tanpa pengorbanan tidak akan ada kebahagaiaan. Kita akan rela dan tega berkorban jika kita benar-benar inginkan rumah tangga ini berjaya. Jika tidak, kita terpaksalah mengorbankan rumah tangga ini… Apakah ini berbaloi? Tidakkah ini seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran? Atau mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan?
Suami ku,
Tipuan dunia dan godaan nafsu ini sangat memberangsangkan. Syaitan sentiasa menghias bibit-bibit dosa-dosa dengan segala keindahan dan kecantikan. Sekali kita terjerumus, payah untuk bebas kembali. Selagi yang diburu tidak tercapai, selagi itulah kita lelah mengejarnya. Tetapi setelah kita mendapat, ada yang lain pula datang menggoda. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada itulah yang kita risaukan. Kita akan lesu kerana asyik memburu.
Mengejar nafsu itu bagai mengejar bayang-bayang. Dilihat ada tetapi apabila digenggam ia hilang… di hujung percarian itu pasti ada lesu dan jemu. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Padahal kematian itu boleh datang tiba-tiba. Relakah kita tertipu mengejar fatamorgana hanya kerana dari jauh ia kelihatan umpama air yang tergenang?
Aku mengingatkan diri ku dan diri mu kerana sayang. Aku selalu bertanya pada diri sendiri, relakah aku mengorbankan rumah tangga ini hanya untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti? Aku terpaksa melepaskan salah satunya. Dan insya-Allah, buat selamanya aku lebih sanggup melepaskan apa dan sesiapa sahaja, asalkan jangan melepaskan kebahagiaan rumah tangga ku. Itulah yang ada di hatiku. Dan itulah jua yang aku harapkan, doakan ada dalam hati mu.
Jika dalam surat ini ada kesedihan… ia bukan kekecewaan tetapi itu hanya harapan. Jika dalam surat ini ada teguran… itu bukan kebencian tetapi itu hanya peringatan, buat ku dan buat mu jua. Namun, ku akui dalam surat ini terlalu banyak doa dan harapan. Doa ku hanya pada Ilahi. Dan harapan ku tetap untuk mu suami. Jika air mata itu berkesan, nescaya akan tulis surat ini dengan air mata. Bukan air mata kecewa tetapi air mata harapan…
Ku harap kau membaca surat ini dengan hati yang terbuka. Bayangkan semula harapan dan cita-cita kita seawal kita memutuskan untuk berkahwin dahulu. Saat indah itu telah berlalu tetapi keindahan itu akan menjelma semula dalam bentuk baru jika kita berusaha untuk merealisasikannya. Dalam perkahwinan yang baik, seorang lelaki dan wanita sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki dirinya demi orang yang disayanginya.
Dan sekalipun dalam perkahwinan yang paling bermasalah, penawar yang mujarab adalah kebenaran. Menyatakan kebenaran kepada pasangan adalah kaedah terbaik untuk membuktikan cinta adalah lebih utama daripada satu pendustaan!
Mohon berundur dulu. Pasangan yang bahagia bukanlah tidak pernah membuat kesilapan. Tetapi mereka tetap bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan itu dan belajar daripadanya… dan akhirnya melupakannya! Itulah aku kini. Ku akui kesilapan ku dan aku sedang memperbaikinya dan aku ingin melupakannya…
Suami ku, aku masih menaruh harapan. Insya-Allah, kau masih sudi membantu aku untuk itu! Amin.

 via Mr Rashimi counselling lecture kmpp

Thursday, December 30, 2010

2010 countdown

hehe
urmm
agaknye kalau nak cite pasal nih panjang gegile la post kali nih..kan2..tp tahun nih sangat2 memberi makna dalam hidup aina.ade pahit ade manit,...dan yang penting,manis tuh lagi dominant dari yang pahit...wah..seronoknye
isk lupa pula...first nak ucAPkan syukur ke hadrat illahi kerana alhamdulillah masih diberi umur yang panjang dan rezekinye yang mencurah melimpah ruah..syukur ya-Allah
lets start our stori...

1january 2010-1st time dapat gaji mase keje kart cosway dulu..hehehe..seronok gileh pegang duet...macam2 mase tuh na beli..plot stori mase bulan 1 smpai 4 same jerk..as a workers kat cosway desa permai aka bukit belacan..

somewhere bulan 4-almost tertubuhnye the perplexcities..band yang budak budak nih jd vocalist...tp tup2 xjadi sebb aina tarik diri family problem..sebb masa tuh abah tengah sakit..abah sakit smapai hari2 umi kene pi jenguk..sape na jaga adik2 sape na handle dyeorg g skola.so aina amek keputusan stop join band n stop keje..actually umi xtau pon aina join band.bila da stop aina tanya umi dia cakap"laa nape stop"ahahaha..xsangka betul dyeorg support..kalau abah tau(aina x sure abah tahu ke tak)rasanya abah bagi je sebb abah pernah hantar aina class musical and vocal kat aswara..tett

11 march 2010-agak2 hari ape??hari result spm lorh...=(((sangat xsuke na cite bab nih tp cakap je la...result aina sangat2 teruk...=(n yang paling x best sebb aina xlepas na amek law.aina frust gile sebb target da na amek Law..isk2..upu pon xdapat..(sebb mantak subject fames kot)n aina ade jerk org dalam cume xterpikir pon pakcik zuL tuh boleh tolong last2 dia cakap"la nape ina x mintak tolong abang zuL je.."ABANG????
hehehe

10 mei-='>...malu la nak cite..malu sngat...ouch..heheehhe..yang penting hari tuh merupakan permulaan dalm dunia baru aina..hehehe..<3..but i have to leave u because of fate n destiny..

26 mei-1st day sy meninggalkan ampang da menjejakkan kaki ke Penang.as penang matriculation collage student.i took biology subject n this is my 1st time meninggalkan family n meninggalkan rumah dengan begitu lama dan menjadi NERD..ahahaha..seyes  agak lama la x jadi nerd..last time masa form 3..hehehe..sangat=((

1 december-kak long...i lorve u soo much..we miss u like hell..da sebulan without u..r u fine out there..dont worried bout everything here..including azrae..kiteorg tolong rovingkan ye..hehe

n here i am at penang matriculation collage n gonna continue to de second sem and strive 4 de best result..assalamualaikum...

Friday, December 17, 2010

emO


You were my strength when I was weak 
You were my voice when I couldn't speak
 
You were my eyes when I couldn't see
 
You saw the best there was in me
 
Lifted me up when I couldn't reach
 
You gave me faith 'coz you believed
 
I'm everything I am
 
Because you loved me
 

tribute to my mum


entah la..
mebi sebb sume org dapat balik umah.dapat jumpa mak abah,dapat spent time ngan dyeorg,dapat rasa motherly hung make me emO ari nih..nak wat cmner kan..the best thing yang aina dapat buat sekarang is call her..

umi...i miss u soo much
xper aina...be strong okey!

Monday, December 6, 2010

salam hijrah

   yeah!
sempena tahun baru hijrah y bakal menjelang tak brape jam lagi(time tulis nih pukul 6.30 ptg)marilah kita bermunasabah seketika.selalunya org na buat perubahan memerlukan waktu yang sesuai kan..so..alang2 da dekat semII n da nak masuk tahun baru hijrah nih.perubahan yang menjadikan kita kearah sesuatu yang lebih baik perlulah dilaksanakan..
ye idak??

so..
plan aina..ups xsesuai plan...matlamat aina tok semII aka tahun 1432 hijrah nih...aina nak menjadikan diri ini
1-konsisten dalam menjalankan setiap amalan kepada-Nya dan melakukan setiap perbuatan kerana-Nya
2-tentukan matlamat kenapa aina masih disini(at penang matriculation collage)
   na confess la aina xade cita2..n still kompius na jadi ape..korang2 aina nih sesuai jd ape ea????
   seyes x tau..if korg tau..let me noe..
please!!!
3-lebih terarah~fokus on wat im doing as a student on a penang matriculation collage
   i  -siapkan tutorial tau!!!!
   ii -siapkan chemfriend,biomate,console,past year question,mcQ dan sebagainya
   iii-siapkan lab report on time!!
4-tidak akan mudah putus asa atas setiap perlakuan
  (actually aina jenis mudah give-up,tuh yang x capai matlamat tuh)
   so dont give up..cayok2
  aw
awak..tQ 4supporting me while u need it more than me

yes!!setelah ber-goggle-sy mendeclarekan diri sy physiotherapy (gonna be insyaallah)
good luck aina!!!!yey
~insyaallah~

Saturday, December 4, 2010

sedih..=(

wa wa wa...='(
bile la duit alaun na masuk?
org da pokai neh
huhu


huh
phone pon da rosak
wa wa wa
cmner na call my mum nih
n bankrupkan celcom wat free call
esok da la last
=(


na duit...na duit
=(